Isnin, 30 Jun 2014

Makanan Perlu Elak Ketika Hamil

Entri kali ni saya nak kongsi maklumat yang saya perolehi dari hasil google..berguna bagi sesiapa yang merancang tuk hamil tau tengah hamil...jom tambah info..

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Info ni sangat berguna bagi yang memerlukan..

Shaklee ada menawarkan makanan tambahan bagi ibu hamil...





Ahad, 29 Jun 2014

Ringankan Beban Isteri

Ringankan Beban Isteri Hamil

Asslamualaikum semua..

suka baca artikel ni lau la semua suami leh buat cmtu..hehe...

Tak dapat buat semua sikit2 pun dah ok...jom baca cara2 ringankan beban isteri....

 


suami
Ketika hamil, isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal. Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum hamil. Sokongan daripada suami tercinta amat penting ketika ini.
Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya. Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar papa,  sedikit panik dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.

1.      Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bag sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2.      Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan  biasanya mengidam makan bermacam-macam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.

3.      Fahami situasi isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan.

4.      Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri mengapa tidak mengemasnya.

5.      Belajar perubahan isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

6.      Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

7.      Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak. Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.

8.      Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

9.      Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasan tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

Sabtu, 28 Jun 2014

Simpanan

Assalamulaikum...kali ni nak cite pasai simpanan untuk anak2...

Setiap individu mempunyai pendapat tersendiri tentang simpanan untuk anak2...ada yang fikir perlu ada jugak yang fikir tak perlu...

Apa2 pun yang difikirkan itu hak masing2..:)

Saya melaburkan sama rata untuk ketiga2 anak...walaupun sikit jer..insya ALLAH berguna untuk masa hadapan anak2 saya...









Pilihan ibubapa untuk masa depan anak2...
Kita hanya merancang ALLAH yang menentukanya...

Jumaat, 27 Jun 2014

Kolesterol

Assalamualaikum....tak lama dah kita nak jumpa bulan Ramadhan Al-Mubarak...sesungguhnya banyak cabaran yang perlu dilalui semasa tempoh tersebut...pada bulan ini kesihatan perlu dijaga dengan baik...supaya ibadah puasa berjalan lancar....

Beberapa hari yang lepas terjumpa artikel yang ditulis oleh seornag doktor dari indonesia tentang kolesterol...saya kongsi dengan anda disini, jom tambah ILMU..

MENGENAL KOLESTEROL
Tingginya kadar kolesterol jahat (LDL) berkaitrapat dengan meningkatnya kejadian aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Kedaan ini merupakan faktor utama berlakunya penyakit jantung dan stroke. Kedua penyakit tersebut hingga saat ini masih menjadi pembunuh utama di negara maju dan berkembang.
Kadar kolesterol dalam tubuh dapat dipengaruhi oleh penyerapan kolesterol dari makanan sebesar 15 % dan pembentukan kolesterol dari dalam tubuh sebesar 85%. Kolesterol terbagi menjadi kolesterol baik dan kolesterol jahat. 

Kolesterol jahat memiliki kadar lipoprotein yang rendah (LDL). Senyawa tersebut merupakan bagian terbesar pembawa kolesterol di dalam darah. Sedangkan kolesterol baik (HDL) , bila kadarnya tinggi dalam darah dapat mengurangi terjadinya aterosklerosis.

MENGENAL FITOSTEROL
Fitosterol merupakan jenis lemak yang berasal dari sumber makanan yang mempunyai struktur dan fungsi yang mirip kolesterol dalam tubuh manusia. Fitosterol juga dikenal sebagai sterol tumbuhan iaitu kelompok steroid alkohol, fitokimia yang ada secara alami di dalam tumbuhan dan tiada dalam mamalia.

Meskipun sama-sama dari golongan lemak, fitosterol memilki fungsi yang berbeza dengan kolesterol. Kolesterol merupakan jenis sterol yang berasal dari haiwan yang dapat meningkatkan kadar kolesterol plasma darah, khususnya bagi penghidap hiperkolesterolemia. Sedangkan fitosterol pula sebaliknya kerana ianya dapat menurunkan kadar kolesterol darah.


FITOSTREROL MENURUNKAN KOLESTEROL
Fitosterol memiliki kemampuan untuk berkompetisi dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kadar fitosterol yang tinggi dalam usus halus, terbukti berperan untuk menghambat penyerapan kolesterol melalui mekanisme kompetitif. Artinya jika terdapat fitosterol maka tubuh cenderung menyerap fitosterol daripada kolesterol. Akibatnya kolesterol tidak diserap melainkan langsung dibuang oleh tubuh, sehingga tidak masuk ke dalam tubuh. Kompetisi ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh.
Mekanismenya adalah melalui fitosterol dalam bentuk micelle akan bergabung dengan komplek asam lemak bebas, monogliserida dan garam empedu yang akan diserap oleh mukosa sel usus halus. Fitosterol dapat mengurangi kolesterol pada manusia hingga 50 %. Studi efek fitosterol pada hewan dan manusia menunjukkan bahwa fitosterol dapat menurunkan kadar kolesterol total dan LDL. Konsumsi fitosterol 2 gram perhari dapat menurunkan kadar LDL kolesterol dan mengurangi risiko penyakit jantung.

MANFAAT FITOSTEROL
Selain menghambat penyerapan kolesterol, fitosterol juga bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti jamur, anti oksidan dan anti kanker.

PRODUK YANG MENGANDUNG FITOSTEROL :
Di Indonesia, produk-produk yang mengandung fitosterol antara lain adalah produk-produk yang berasal dari tumbuhan seperti margarin (bedakan dengan mentega), produk makanan yang mengandung kacang, suplemen makanan, sereal, sejumlah produk susu tersuplementasi, minyak nabati (seperti minyak sawit, minyak kedelai, minyak zaitun, minyak bunga matahari) serta tempe.


Shaklee turut menawarkan Phytosol-ST dimana ianya mengandungi Fitosterol yang membantu mengurangkan kadar kolesterol..Kolesterol tinggi boleh mendorong kepada masalah jantung,strok,darah tinggi dan lain2 lagi...jom mencegah semua itu sebelum terlambat...






Rabu, 25 Jun 2014

Hipertensi ketika Hamil

Hipertensi Ketika Kehamilan

Pertama kali baca artikel tajuk ni terus saya teringat kat kawan office...dia dapt hipertenesi masa hamil gak...tapi lepas dah bersalin tak turun2..susah jugak nak turun kepada asal...

Jom baca artikel yang saya ambik dari majalah pa & ma


hipertensi

Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja ibu hamil. Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu disahkan mendapat tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 kehamilan dan tiada protein dalam air kencing anda, anda mungkin didiagnos dengan masalah hipertensi akibat kehamilan. Sementara tekanan darah tinggi dengan kehadiran protein dalam air kencing pula menandakan masalah praeklampsia.
Tetapi jika anda sudah pun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, atau didiagnos sebelum 20 minggu kehamilan, ia dikenali sebagai kronik hipertensi. Selagi kronik hipertensi kekal pada tahap rendah hingga sederhana, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah dalam kehamilan.

Masalah hipertensi akibat kehamilan berisiko berlaku ke atas wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dianggarkan kira-kira 10 peratus wanita mempunyai BMI 30 atau lebih akan mengalami hipertensi akibat kehamilan, berbanding hanya empat peratus wanita dengan BMI 19 hingga 25.
Masalah hipertensi akibat kehamilan biasanya pada tahap rendah dan mungkin tidak akan menyebabkan masalah yang ketara pada ibu atau bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun lebih awal ia berlaku, lebih besar risiko bayi bersaiz lebih kecil daripada usianya atau ia berkembang menjadi praeklampsia. Risiko praeklampsia akan meningkat jika ibu obes atau mempunyai berat badan berlebihan atau berat badan bertambah dengan banyak semasa hamil.

Oleh itu penting bagi ibu hamil menjalani semua pemeriksaan antenatal kerana daripada situ doktor akan memeriksa tekanan darah ibu. Sekiranya bacaan menunjukkan peningkatan, doktor akan memantau serta mempreskripsikan ubat bagi merawat masalah tersebut.

Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.

Saya berharap sangat kawan saya tu kembali normal...:)

Shaklee ada menawarkan set Darah Tinggi






Sabtu, 21 Jun 2014

Ostematrix


OSTEMATRIX

Ostematrix ialah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Pada umur 39 ke bawah, jisim tulang berkembang pada tahap maksima dan mula menurun dengan cepat pada umur 40 ke atas. Maka, seseorang yang kehilangan kalsium, akan kelihatan semakin membongkok bukan disebabkan oleh umur, tetapi ia disebabkan oleh penurunan kepadatan tulang. Apabila penurunan kepadatan tulang berlaku, maka ia akan menyebabkan tulang semakin rapuh dan mudah patah!

Manfaat utama Ostematrix :

1.  Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
3.  Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf,penenang saraf ; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4.  Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5.  Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
6.  Memperbaiki hperaktiviti perut dan sakit gastrik.
7.  Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 dila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement Vitamin D.

Magnesium di dalam Ostematrix
     Adalah ion positif no. 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
     Zinc, boron, manganes, kuprum : Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

1 tablet ostematrix berkalsium tinggi, bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga 80 biji badam.
Bagaimana untuk memilih kalsium premium?
*Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium supaya kalsium dapat diserap ke tulang kita secara maximum.
*Elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
*Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Cadangan Pengambilan :
   Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 tablet Ostematrix setiap kali (selepas makan)
   Untuk masalah Haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas : 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
   Untuk tulang retak, osteoporosis ; 3 kali sehari, 4 tablet setipa kali.

Penyakit lain yang sesuai dengan Ostematrix (sebagai tambahan) ;
   Asthma ; makan 4 biji, 2 kali sehari - Untuk menyekat serangan dengan menghalang kontraksi otot bronkial
   Masalah pencernaan ; 3 biji, 2 kali sehari - sebagai kesan penenang
   Hemorrhoids/Piles ; 4 biji, 2 kali sehari - Untuk pembekuan darah, membantu mengelak kanser usus
   Diarrhea ; 4 biji, 2 kali sehari - mengganti kalsium yang pupus dari tubuh
   Ketagih Alkohol ; 4 biji, 2 kali sehari - Mg pupus dari tubuh pengguna alkohol
   Penyakit jantung/Hypertensi/Strok ; 2 biji 3 kali sehari - Defisienci kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
   Tekanan darah rendah ; 4 biji 2 kali sehari - Kalsium penting untuk mengawak selia darah
   Diabetes ; 4 biji, 2 kali sehari - Tahap mg yang rendah penyumbang pada masalah diabetes
   Hipoglisemia / tahap gula rendah ; 4 biji, 2 kali sehari - Mg penting dalam metabolisme karbohidrat (gula)
   Gout ; 4 biji 2 kali sehari - Bagus untuk sakit dan bengkak
   Hipothyroidisma ; 4 biji 2 kali sehari - Mengurangkan PMS, mengurangkan sakit otot
   Masalah Ginjal dan Pundi Kencing ; 2 biji 2 kali sehari - Mg penting untuk penyerapan air
   Bina badan/ kurang berat badan ; 4 biji 2 kali sehari - Membina tulang yang kuat
   Batu Karang ; 4 biji 2 kali sehari - Magnesium menurunkan oksalat
   Edema/Retensi air ; 4 biji 2 kali sehari - Dengan pemulihan edema, mineral yang hilang perlu diganti
   Depresi/kegelisahan ; 4 biji, 2 kali sehari - Penting untuk fungsi sistem saraf (neurotransmitter)
   Gila Babi/Fits ; 4 biji 3 kali sehari ; Penting untuk transmisi sistem saraf
   Kebas2/kekejangan kaki ; 4 biji 2 kali sehari - kekurangan kalsium menyebabkan kaki kejang
   Insomnia/masalah tidur ; 4 biji 2 kali sehari - Kesan ketenangan. Merehatkan otot dan saraf (selepas makan malam/ sebelum tidur)
   Migrain/pening kepala ; 4 biji 3 kali sehari - Transmisi impuls saraf ke otak, kandungan mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang ada migrain
   Parkinson ; 4 biji 2 kali sehari - Untuk transmisi impuls saraf
   Sakit badan/ sendi ; 4 biji 3 kali sehari - kekurangan kalsium menyebabkan sakit belakang
   Masalah kuku ; 3 biji 2 kali sehari - kekurangan kalsium menyebabkan kuku pecah
   Osteoporosis/rapuh tulang - 4 biji 3 kali sehari - Mengekalkan kekuatan tulang, MG, & boron membantu memastikan kalsium di dalam tulang
   Patah tulang ; 4 biji 3 kali sehari - untuk pembaik pulih tulang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
 Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 
Inginkan harga yang lebih murah??  Nak jadi Ahli??  Cara Jadi Ahli Shaklee

Jumaat, 20 Jun 2014

Air Ketuban

Kenali Air Ketuban

Asyik sebut jer air ketuban..air ketuban secara jelasnya korang tau detail pasal air ketuban tak...jom baca info yg saya dapat dari Pa&Ma

PaMa
Kehamilan
Ramai yang kurang arif tentang air ketuban. Mari menyelongkar 1001 rahsia tentang air ketuban yang memainkan banyak peranan kepada diri anda dan kandungan.

Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Memandangkan sifatnya adalah cecair, ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlahnya akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting! Antaranya, ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah ia bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Ketuban Pecah
Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor.

Risiko pecah ketuban mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Anda juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis), jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan anda (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Meconium aspiration syndrome pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.

Oligohydramnios
Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :
1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.
2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
4. Kematian sebelum lahir.

Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.

So,lepas ni lau ngandung kita akan lebih tau apa itu air ketuban...sharing is caring...