Bersihkan
Toksin Dalam Hati
Hati merupakan organ homeostasis
yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan
haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis
protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan
tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula
dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic.
Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam
rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini
tercerna dan diserap di usus.
Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
- Mengawal aras glukosa darah dengan
menyimpan glikogen di dalam hati.
- Menyimpan vitamin dan garam mineral
tertentu.
- Mengawalatur metabolisme karbohidrat,
lipid dan asid amino.
- Menghasilkan hempedu yang akan disimpan
di dalam pundi hempedu.
- Menghasilkan protein-protein plasma
tertentu seperti albumin.
- Menghasilkan faktor-faktor pembekuan
darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
- Menyahtoksik bahan-bahan beracun
terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
- Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah
merah fetus.
- Menguraikan molekul hemoglobin tua.
- Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Bahagian hati mempunyai
sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua
toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan
kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari
luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya
hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.
Jadi,
jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi
di dapur atau pun di pasar.
1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan,
terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau
bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih
banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.
2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana
bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim
dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk
melindungi hati. Shaklee ada menawarkan GARLIC COMPLEX.
3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado
mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika
dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling
berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine",
iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. Masa mula-mula perkenalkan makanan kepada Amaleen Qistina (anak saya nombor 3) buah Avocado adalah antara buah kegemaran dia. Rasanya sangat sedap tambah kalau buat Avocado Smoothies.
4. Cilantro / Coriander
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania.
Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat
menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa
kerja pembersihan hati.
5. Kunyit
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat.
Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan
penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan
hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam
keadaan bebas dari toksin. Masa dalam pantang biasanya mak akan sediakan air kunyit untuk saya..pernah cuba tak orang lain?? Shaklee ada tawarkan SET BERPANTANG.
Disamping bahan-bahan semulajadi ini, Shaklee juga ada menawarkan DTX complex juga dikenali sebagai Tonik hati.
DTX complex bertindak dalam :-
- Menolong memelihara aliran hempedu
- Bahan-bahan botanical melindungi sel hati
- Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksik
- Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex
Shaklee merupakan ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan
menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi:
Dr Niny Fariza Junoh
Shaklee ID 1098254
Email : niny_fariza@yahoo.ca
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354
COD area: Ipoh
Inginkan harga yang lebih murah??
Nak jadi Ahli??