Isnin, 27 Oktober 2014

Isoflavones

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Harini saya nak cite pasal isoflavan..Jom kita baca serba sedikit pasal isoflavon...

Faedah kesihatan isoflavones
Penyelidikan dalam beberapa bidang penjagaan kesihatan telah menunjukkan bahawa pengambilan isoflavones boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit


Antara manfaat kesihatan potensi berikut dikaitkan dengan isoflavon:
  1. Meringankan gejala menopause
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  3. Lindungi daripada masalah prostat
  4. Isoflavon meningkatkan kesihatan tulang
  5. Mengurangkan risiko kanser
  6. Isoflavon adalah antioksidan semula jadi 

Nape la saya ni sibuk jer nak cite pasal Isoflavones ni kan..banyakkan kebaikan dan faedah Isoflavones.Sebenarnya isoflavones ada dalam ESP...so sape2 yang nak merasai kebaikannya jom try ESP..

Haa beli bulan ni lagi berbaloi-baloi..Beli 6 percuma 1  



Berminat nak cuba ESP..ESP merupakan hot item dari Shaklee..tak rugi cuba ESP



 

Ahad, 19 Oktober 2014

Hemoroid tau buasir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dua minggu lepas ada dok bercerita dengan sorang kawan pasal buasir. Punca dia dapat buasir adalah sebab suka sangat makan makanan yang pedas..Terkejut gak bila dengar camtu terus rasa kena kurangkan sikit rasa pedas dalam makanan..

Tak dapat saya bayangkan individu yang mengalami masalah Buasir ni kan... jadi saya cuba gak google tentang buasir..saya kongsikan disini serba sedikit tentang buasir..



Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Shaklee ada menawarkan set untuk sesiapa yang menghadapi masalah ini. Apa kata anda cuba set ini.



1. Ostematrix - Melancarkan pembuangan air besar
2. Omega guard - Mengecutkan otot yang bengkak.
3. Zinc complex - Menyembuhkan luka dibahagian dubur.


Jom hapuskan mimpi ngeri BUASIR anda dengan set SHAKLEE.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Paraben Free

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Sambil2 blogwalking terjumpa isu PARABEN FREE.....Sebenarnya apa paraben ni ex??Jom baca sikit pasal Paraben.



Apa itu PARABEN???
Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang biasa dan paling luas digunakan dalam produk kecantikan, kosmetik mahupun barangan penjagaan peribadi. Dari segi sains nya, paraben merupakan satu campuran antara asid dan alkohol. Dalam dunia kosmetik dan produk kecantikan, paraben ini berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk dan juga melambatkan pertumbuhan fungi dan bakteria ke atas produk tersebut.


Kesan buruk PARABEN kepada kesihatan kita? 

Antara kesannya ialah bagi wanita kerana ia didakwa menyebabkan kemandulan dan breast cancer.

"Mengikut kajian salah seorang pakar Oncology di England, beliau menjumpai 18 daripada 20 sel pesakit kanser mengandungi paraben."

"Satu kajian di USA pula, penyelidik memang menjumpai paraben dalam sel pesakit barah otak tetapi tiada kajian yang membuktikan bahawa Paraben merupakan sebab utama penyakit ini. Malahan sehingga kini jugak takde lagi kajian yang menunjukkan paraben berbahaya sepenuhnya kepada kesihatan manusia."


Apa yang membimbangan para penyelidik adalah, ada sesetengah pengeluar barangan kosmetik dan penjagaan  kecantikan ini menolak penggunaan paraben sepenuhnya tetapi mencampurkan pula sesuatu bahan kimia lain yang lebih berbahaya daripada paraben. Menurut mereka, pasaran sekarang bila tengok paraben-free saje terus orang akan beli sedangkan bahan yang dicampur menggantikan paraben itu jauh lebih merbahaya dari paraben sendiri! 

Menurut pakar lagi, mereka membimbangkan para pengguna deodorant kerana kebanyakan pesakit kanser adalah dari kalangan mereka yang menggunakan deodorant kerana dikatakan paraben menyerap di bahagian under arm kita dan menyebabkan sel kanser meletus. Walaubagaimanapun, belum lagi ada kajian yang menyatakan secara jelas bahawa paraben menyumbang pada masalah kesihatan dan penyakit kronik ataupun paraben selamat digunakan. Kiranya, 50-50 lah ni.
Tapi, jika ditanya pada mereka yang mengikuti bidang kecantikan ni, memang lama dah mereka jauhkan diri dari produk yang tidak paraben-free. Mereka lebih meyakini produk berasaskan alam semulajadi dan tidak memberi kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia.


Dah tau bahaya paraben kan..jadi jom guna produk SHAKLEE dimana ianya FREE PARABEN tau...







Sabtu, 11 Oktober 2014

Cadangan Set Kombinasi ESP

Salam semua..

Memandangkan bulan ni Oktober 2014 Promo ESP jadi saya nak bagitau cadngan kombinasi set yang boleh digabungkan dengan ESP..

Kalau beli bulan ni harga lebih murah untuk anda...





ESP & Vita Lea




 ESP & Performance Drink





ESP & Zinc Complex




ESP & GLA Complex




ESP & B-Complex





ESP & Lecithin





ESP & Mealshake





ESP & Vita E Complex





ESP & Omega Guard






ESP & Alfalfa Complex








Pelbagai cadngan kombinasi SHAKLEE ESP..Pilihan ditangan anda..Jom cuba..


Jumaat, 10 Oktober 2014

Jom Shopping

Assalmualaikum dan salam sejahtera semua...

Arini berkesempatan untuk update blog..balik raya haji aritu berkesempatan ker RTC Kota Bharu ,sememangnya tenpat yang akan saya pergi kalau balik kampung...suka pergi sana sebab barang kat sana semua murah berbanding di IPOH...berbaloi-baloi











Satu lagi tempat yang pegi adalah Pengkalan Kubur...tempat ni  yang jarang2 pegi jer..kononya nak gi cari TOTO...Jadi rembat jugak la 3 pack..















Last sekali sebelum datang IPOH sempat lagi saya singgah ke RANTAU PANJANG..kira macam lalu jer..tapi niat sebenar nak beli makanan goreng2 tu..itu yang saya panggil orang lain saya tak tau panggil apa..














Setiap kali balik kampung mesti nak shopping..tak pernah puas...jadi sebelum balik kampung kena menabung (ya la tu..hehehe)...ok itu jer nak cerita..


HAPPY SHOPPING

 

Rabu, 1 Oktober 2014

Supplement...perlu atau tidak??

Setiap kali hamil perkara yang selalu bermain difikiran setiap insan yang bakal bergelar ibu mesti seperti


  • cukup ker nutrien yang diterima oleh bayi dalam kandungan??
  • cukup ker nutrien yang diperlukan oleh ibu yang mengandung??

Semua bakal ibu mesti teruja bila mana tahu diri mengandung..semua nak ynag terbaik untuk kedua2nya...dua hari lepas tengah dok google terbaca pasal supplement tuk wanita hamil...saya kepilkan kat sini atrikel dari Pa&Ma


Kadang kala kerana terlalu teruja untuk menjaga kandungan, bakal ibu mengambil banyak suplemen tambahan selain yang dibekalkan oleh doktor. Tujuannya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan mahu anak lahir cergas dan bijak.
Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  • Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.

Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.



Bagi saya ibu ynag bekerja kadang2 waktu makan tak menentu supplement banyak membantu untuk memastikan bekalan nutrien untuk ibu dan bayi cukup..saya guna set yang diatas...

Walaubagaimanapun pilihan ditangan masing2..tapi kalau anda nak cuba supplement seperti saya boleh contact saya...