Rabu, 29 April 2015

10 Tanda-tanda Anda Hamil



Setiap individu yang hamil mempunyai tanda hamil yang berbeza-beza. Jika untuk saya sendiri tanda hamil kebiasaanya adalah lewat datang bulan. Antara tanda-tanda kehamilan yang lain adalah:-


1. Mengidam


Bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. 

Setiap individu mempunyai tanda kehamilan yang berbeza-beza, ambil tahu perubahan tersebut agar anda sentiasa berjaga-jaga. Tahniah jika nada HAMIL dan jika belum boleh cuba lagi dan lagi.Seterusnya berserah kepada ALLAH

SET HAMIL


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Selasa, 28 April 2015

Bagaimana Boleh Jadi Anak Susuan?


Mesti semua pernah dengar "anak susuan". Tahu tak apa sebenarnya anak susuan ni..





ANAK SUSUAN ialah anak/baby yang kita telah kenyangkan perut baby itu dengan susu ibu daripada badan kita (ibu) sendiri bagi bayi kurang 2 tahun sebanyak 5 kali penyusuan penuh atau sehingga bayi kenyang. Susu ibu itu akan membentuk tulang dan isi bagi badan bayi itu



Tidak kira samada bayi tersebut Anak Angkat kita atau bukan anak angkat kita. Sebagai contoh, anak keluarga kita, anak abang atau anak kakak , anak adik ker atau anak kawan kita ker atau anak sesiapa sahaja, yang kita (ibu) telah memberikan susu badan sehingga kenyang/penyusuan penuh sebanyak 5 kali kenyang bayi, dikira sebagai Anak Susuan juga.



Antara informasi lain yang berkaitan dengan anak susuan:

Hukum antara anak susuan dan adik beradik susuan 
a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin
b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan
c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan
d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan
e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).
f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Wali

Dari segi WALI, ayah susuan TIDAK BOLEH menjadi wali kepada anak perempuan susuan mesti mendapatkan ayah kandung sebenar atau menggunakan wali hakim.



Harta Pusaka/Faraid



Dari segi pemberian HARTA PUSAKA/FARAID, Anak susuan tidak termasuk dalam pembahagian harta pusaka/faraid bagi ibu/ayah/saudara angkat mereka. Maksudnya, ibu/ayah angkat kenalah membuat pembahagian harta pusaka terlebih dahulu sebelum meninggal dunia agar tidak timbul masalah kelak.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh 

Isnin, 27 April 2015

6 Tips Penjagaan Kesihatan Menurut Islam

Setiap kita ada mengamalkan tips kesihatan sendiri. Harini saya nak kongsikan informasi yang saya dapat hasil dari pembacaan, iaitu tips kesihatan menurut islam.


1.Mengamal minum secawan air teh “0” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insya Allah jika anda yang mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.


2.Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurang nya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 



3.Rasulullah SAWmengamalkan minum segelas air sejuk setiap hari. Mujarabnya,Insya Allh jauh dari penyakit. 



4.Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.0 Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 



5.Elakkan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Seperti makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil dan boleh merosakkan usus kita. 
 


6.Nabi muhammad S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzim banyak terkandung di celah jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis percerna makanan, tanpanya makanan tidak dapat dihadam).
 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh

Jumaat, 24 April 2015

Pemakanan Aiskrim semasa hamil



Mmmmm..yummmy...
Macam best tengok aiskrim. Ais krim memang enak dinikmati terutama ketika dalam keadaan cuaca panas. Ia adalah merupakan makanan kegemaran kebanyakan kanak-kanak kecil. Walaubagimanapun dalam kalangan ibu hamil yang mempunyai selera tinggi terhadap ais krim.


Seperti semua sedia maklum ibu hamil memang sukar dijangkakan. Berbeza anak berbeza juga sekera ibu hamil. Jika semasa tidak hamil mereka memang tidak hairan dengan ais krim tetapi sepanjang hamil, asyik teringin untuk makan ais krim sahaja. 

Persoalanya bolehkah wanita hamil makan ais krim? Tiada sebarang kesan burukkah kepada tabiat pemakanannya? Bukankah ais krim adalah salah satu makanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan kegemukan.


Mitos tentang ibu hamil yang makan ais krim boleh menyebabkan saiz badan bayi dalam kandungan menjadi terlalu besar masih dipercayai oleh sesetengah ibu yang berbadan dua. Akibatnya, walaupun keinginan menikmati ais krim terlalu tinggi, ibu terpaksa menelan air liur dan melupakannya kerana bimbang kesan buruk yang boleh diperoleh oleh bayi dalam kandungan.


Hakikatnya ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu hamil. Ini kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.


Semasa hamil, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa hami, ibu akan mengalami perubahan hormon dimana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. (keperluan kalsium semasa hamil) Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu hamil.


Bagaimanapun pemilihan aiskrim mestilah yang betul. Aiskrim yang baik adalah aiskrim yang mengandungi susu, lemak dan protein. Ibu hamil disarankan mengambil sebanyak dua hingga tiga cawan ais krim seminggu. Ini kerana komposisi 100 gram aiskrim mengandungi sebanyak 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 gram lemak. Jika ibu hamil makan aiskrim dalam kuantiti yang betul maka masalah kegemukan tidak akan berlaku sepanjang kehamilan hanya kerana makan aiskrim.


Mungkin bagi ibu hamil yang mengalami berat badan berkurangan menjelang kelahiran, boleh makan aiskrim dengan lebih kerap dengan tujuan menaikkan berat badan bayi. Tetapi perlulah diingat, aiskrim bukan makanan utama bagi ibu hamil, sebaliknya ia hanya kudapan yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti yogurt, buah-buahan segar, roti atau biskut.


Aiskrim juga boleh menjadi makanan penyelamat bagi ibu hamil yang mengalami masalah alahan seperti loya dan mual di awal kehamilan cuma pastikan bahan asasnya adalah berkhasiat dan tidak mengambil dalam kuantiti berlebihan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan aiskrim sebagai makanan sampingan utama sepanjang mengandung.

Jadi kepada sesiapa yang sangat suka makan aiskrim semasa hamil boleh meneruskanya, tetapi perlu diingat pilih yang sesuai untuk ibu hamil.  
 SET HAMIL



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh

Selasa, 21 April 2015

Gaji Pertamaku

Setiap individu yang sudah menamatkan pengajian mesti akan berusaha untk mencari kerja. Selama 5 tahun saya belajar veterinar di Universiti Putra Malaysia,banyak pengalaman yang telah saya perolehi. Kebiasaanya di Fakulti Perubatan Veterinar bilamana berada disemester kedua tahun akhir bermacam-macam iklan company mencari pekerja. Kepada sesiapa ynag berminat perlu pergi temuduga pada waktu yang ditetapkan walaupun belum habis belajar. Saya belum teringin untuk bekerja pada masa itu jadi memang tak pergi interview langsung cuma fikir nak habiskan comprehensive jer dulu. 

Pada masa yang sama saya ada mengenali seorang senoir semasa saya menjalani praktikal di sebuah klinik kerajaan. Beliau ada menawarkan saya bekerja dengan beliau di klinik beliau setelah habis belajar. Jadi disebab dia beria mahu saya membantu  beliau diklinik saya menerima pelawaan tersebut, tambah lagi kliniknya dekat dengan rumah mak kat kampung, jadi saya ambil keputusan untuk bekerja dengan beliau dari menganggur. Berbalik kepada tajuk entry saya hari gaji pertamaku, gaji pertama yang saya terima hanyalah RM700.00 untuk bulan pertama bekerja. Apa pendapat korang semua dengan gaji banyak tu tahun 2008?

Mesti ramai yang rasa tak cukupkan. Tapi saya bersyukur walaupun sikit tetap gaji dengan hasil susah payah saya. Walaupun sikit saya tak lupa untuk bagi dekat mak saya. Sikit atau banyak gaji kita hanya kita yang kena pandai uruskan. Sekarang kalau gaji sikit macam tu mungkin orang taknak kerja, dan terus menganggur. Rezeki ALLAH yang tentukan Insya Allah setiap apa ynag diberikan adalah mencukupi untuk kita. 

Semoga semua graduan-graduan diluar sana mendapat kerja yang diharapkan, namun begitu jangan terlalu memilih kerja dalam keadaan yang memang susah untuk mencari pekerjaan.

Ini hanya pendapat saya, sesiapa sahaja boleh memberi pendapat sendiri.

Rindu dekat Fakulti yang lama


PEACE NO WAR




Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Facebook: Niny Fariza 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
 COD area: Ipoh

Jumaat, 17 April 2015

Bahaya Kurang Darah Semasa Hamil



Bila disahkan hamil, seorang ibu akan mengunjungi klinik. Kebiasaanya sebulan sekali (jika klinik kerajaan). Pihak klinik akan periksa darah bakal ibu tersebut untuk memastikan ianya diparas normal. Pernah dengar tak ibu hamil kurang darah? Bahaya tak kurang darah pada ibu hamil?


Isu/masalah kurang darah semasa hamil memang bahaya. Jangan ambil ringan jika anda seorang yang kurang darah ketika hamil. Anemia sangat merbahaya pada ibu hamil. Penyakit ini banyak berlaku akibat dari ibu mengandung yang mengabaikan tentang zat pemakanan yang penting seperti zat besi, asid folik dan protein




Apa yang selalu kita dengar, kes di kalangan ibu hamil ialah kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat besi. Gejala-gejala anemia ketika hamil tidak semestinya menampakkan muka pucat.

Anatra sebab kenapa berlaku kurang darah semasa hamil ialah:- 

* Tidak mengambil zat pemakanan yang penting tadi, iaitu zat besi, asid folik dan protein

* Sering muntah-muntah, menyebabkan tidak dapat memakan zat pemakanan zat besi, asid folik dan protein

* Kurang vitamin C dalam badan

* Kurang asid perut yang menyebabkan kesukaran menyerap unsur besi

* Pendarahan yang terlalu kerap
Akibat/kesan dari kurang darah semasa hamil adalah:-
 * Boleh menyebabkan keguguran

* Boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan disebabkan kurang kandungan oksigen dalam darah

* Preaklampsia iaitu satu komplikasi kehamilan dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ yang lain, selalunya buah pinggang

* Pendarahan teruk selepas bersalin

* Demam nifas






Vitamin dan suplemen yang secukupnya seperti Maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Asid Folik. Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang. 





Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor.

Sebagai contohnya:

* Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.

 * Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.

* Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis. Zat besi Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. 


Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia. Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan. Biasanya, jika ibu kurang darah semasa hamil yang mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit.


Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan. Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit. Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran. Ibu mengandung yang kurang darah semasa hamil boleh beli dan simpan stok makanan terbaik ini di rumah Elakkan makanan yang dilarang untuk ibu hamil . Jika kurang darah semasa hamil dikesan saat-saat hampir bersalin, boleh dapatkan suntikan zat besi atau ubat titis.


Jadi ibu-ibu hamil diluar sana jangan ambil mudah vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik. Kekadang ada yang memang tak ambil vitamin yang dibekalkan.


SET HAMIL 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh