Isnin, 11 Mei 2015

Senaman kecilkan lengan

Ada sesetengah dari kita mengalami masalah lengan yang agak besar. Mesti ada yang rasa nak cuba kecilkan lengan supaya lebih selesa. Apa kata cuba cara-cara di bawah :-



1. Angkat berat

Nak angkat berat ni berpada-pada yer semua, mengikut kemampuan masing-masing. ianya perlu konsisten dan istiqomah yer. Angkat berat ni sama ada pergi gym atau beli dumbel kat kedai menjual aksesori sukan. Boleh dilakukan 3x seminggu sekurang-kurangnya. Pastu tetiap kali melakukannya, angkat dalam 20 minit. Kalau takde dumbel, boleh juga guna botol air yang ada isi air 500ml atau 1.5 liter tu, buat seberapa banyak set yang mampu.

2. Aerobik

Aerobik ni bagus juga sebab dia gerakkan semua anggota badan kita. Cuba buat senaman yang macam kincir angin ni. Memula angkat tangan kedudukan tangan macam kincir angin. Pastu tunduk, tangan kanan cecah kat kaki kiri, selepas itu bangun semula, ulang senaman tadi dan kali ni tangan kiri sentuh kanan kanan. Buat sebanyak yang termampu.

3. Boxing

Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’  ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

4. Push-up

Push-up ni bantu bakar tisu-tisu lemak kat bawah lengan. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang korang perlu lakukan, akan dapat lengan yang cantik dan kurus macam yangdiingini.

Setiap individu boleh memilih cara yang sesuai untuk diri sendiri, tapi ingat jangan terlalu memaksa diri. Jika diawal latihan buat 5 kali dulu dan seterusnya badan sudah boleh menerima senama tersebut boleh digandakan ikut kemampuan.Semoga berjaya.






.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli produk Shaklee hubungi: 
Dr Niny Fariza Junoh 
Shaklee ID 1098254 
Email : niny_fariza@yahoo.ca 
Page: DR NF Supplement Shop 
SMS/What'sapp/Telegram : 013-2240354 
COD area: Ipoh